Friday, April 30, 2010

PROJEK CILI DAN TERUNG FERTIGASI

Terima kasih kepada Jabatan Pertanian dgn kempen bumi hijaunya kami dapat bantuan 100 beg fertigasi yang akan diusahakan dgn tanaman cili dan terung.  Bantuan lengkap termasuk pam, penapis tangki, set baja, poli paip pelbagai saiz, sungkupan, polibeg berisi media, nipple, paip mikro, timer dll.  Kami tinggal tolong-tolong pasang sekadar orang berbudi kita berbahasa sahaja.
Inilah wajah-wajah tulang belakang projek ini.
Dalam hanya beberapa jam set ini siap dipasang. Minggu depan kami akan mula menyemai terung, anak cili pula dapat free dari pihak Jabatan Pertanian.
Kerja ringan tulang dgn ikhlas insya Allah ada balasan dari Allah

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO