Sunday, April 11, 2010

BAHAN KIMIA DAN SAWAH PADI

Di permukaan sawah  nampak tenang, namun hakikatnya di bawah tanah/ air sawah sana pelbagai organisma sedang berjuang mempertahankan populasi dan nyawa masing-masing. Siput sedang bergelut sengit kehingan lendir di badan akibat copper sulfat , cacing pula sedang bergelut utk survival dengan Endosulfan.
Namun antara yang  mati akibat bahan kimia tersebut ialah belut, ikan dan pelbagai spesis yang berguna kepada petani. Begitulah akibat apabila petani terlalu bergantung kepada "racun" yang tidak mengenal mangsa dan pemangsa. Kawalan biologi yang diwar-warkan hanya setakat burung hantu. Entah berapa lama lagi PERTANIAN ORGANIK seperti  BOKASHI akan menjadi amalan petani sebagai PERTANIAN BAIK sebagai makanan kesihatan yang bebas dari sisa toksik.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO