Friday, April 2, 2010

MEMBAJA POKOK NAGA

Hari ini kami belajar tentang mengira baja.  Tajuk ini agak sukar,sebelum ini  saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan objektif  p & p bab ini  tercapai, saya juga ada rahsia tersendiri  yang tak dapat di tulis di sini bagi memastikan pelajar yang tak faham satu habuk pun akan dapat markah yang tinggi jika soalan popular tajuk ini keluar.

Hari ini saya cuba pula kaedah kontekstual, sambil belajar kami membaja pokok naga.  Sambil membaja kami memeriksa label pada beg baja.  Sambil mengira baja kami belajar kaedah membaja.
Susah sangatkah nak menghitung baja ...???

Hitung baja berdasarkan gred baja
a. Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)
Jawapan :
100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N

250 kg kalium nitrat = 15/100 x 250
= 37.5 kg N


b. Hitung berat N, P2O5 dan K2O dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16

Jawapan :

Berat N
100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N
200 kg baja NPK = 15/100 x 200
= 30 kg N


Berat P2O5
100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5 (fosforus)
200 kg baja NPK = 15/100 x 200
= 30 kg P2O5

Berat K2O
100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O
200 kg baja NPK = 16/100 x 200
= 32 kg K2O


Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan
Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N.
Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang perlu digunakan.
Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga.



Jawapan :

Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan
100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N
60 kg N = 100/35 x 60
= 171.43 kg baja ammonium sulfat


Kos baja
50 kg = RM 70.00
171.43 kg = RM 70.00 / 50 x 171.43
= RM 240.00


Sumber jalan kerja menghitung baja : Blog Guru Pakar Sains Pertanian Negeri Kedah

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO