Saturday, April 17, 2010

Padi angin dan rumput sambau

Bagi mengawal rumput sambau dan padi angin antara kaedah yang selalu diamalkan ialah mengairi semua kawasan sawah.  Sawah yang dibanjiri air akan menghalang pertumbuhan dua jenis rumpai ini.  Itulah yang kami cuba lakukan semalam, namun majoriti pesawah di sini masih tidak mahu bekalan air, jadi mereka telah menutup semua pam air yang membekalkan air ke sini.  Itu hanyalah antara perkara kecil karenah petani...
Pemandangan sawah pada 17 april jam 3.00 pm , disebalik kehijauan itu kami mula bimbang dengan pertumbuhan rumpai (sambau dan padi angin ), sedangkan kawalan kimia untuk rumpai ini hanya akan dapat dilakukan dua hari lagi. Opsyen untuk mengairi sawah ini untuk selama tiga malam juga tidak dapat dilakukan.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO