Saturday, April 10, 2010

KESAN pH TERHADAP PERCAMBAHAN

 
Beberapa orang jiran sebelah sawah kami terpaksa menyemai semula benih padi, senang cerita beliau kerugian hampir seribu bagi kos benih, upah dan lain-lain kos berkaitan menyemai benih padi. Kegagalan mencapai peratus percambahan yang tinggi kerana masalah pH tanah / pH air sawah.

pH tanah ialah keasidan atau kealkalian suatu tanah. Nilai pH ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+)
Tidak berpuas hati terhadap sembang kedai kopi saya buat ujikaji sendiri untuk menentukan kesan pH terhadap percambahan biji benih padi.
Kiri sekali sebagai kawalan, sampel ke dua tanah sawah , sampel ketiga sekam padi bakar yang bersifat karbonik, sampel ke empat tanah merah yang betul-betul merah (asid ) diambil dari negeri  Kelantan dan sampel ke lima medium memasu ( 7:3:2) pH 5.5-6.5.
Kajian akan datang kami akan menguji kesan penggunaan Vita Cambah, kesan Endosulfan -racun tengkorak (minyak ), kesan baja Amina-asid ( baja organik sebelum pembajakan ) dan kesan penggunaan Copper Sulfat terhadap peratus percambahan, -kerana semua bahan kimia ini digunakan semasa peringkat awal pertumbuhan.

 Kami juga akan mengkaji pereputan tunggul batang padi dan sisa jerami serta asid yang dihasilkan dari proses pereputan tersebut.

Faktor-faktor yang menyebabkan keasidan tanah ialah :
1. Kandungan bahan induk.
2. Kehilangan bahan berbes.
3. Pereputan bahan organik.
4. Penggunaan baja berasid.
5. Penambahan asid karbonik dari atmosfera.
6.  Respirasi akar dan organisma tanah.
7. Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO