MENILAI DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Gambar dalam bulatan adalah rumput sambau di celahan anak-anak padi.
Jumaat lalu turun ke sawah, cuaca amat panas dan kering , tanah telah kelihatan mula merekah. Ini pentanda kurang bagus untuk padi kerana di celah rekahan dari bawah tanah padi angin akan mula tumbuh, rumput sambau juga akan lekas membesar. Jadi apa pilihan yang ada ? kawalan kima, sangat berisiko kerana terlalu awal untuk dilakukan kerana usia padi yang terlalu muda khuatir tidak mampu menghadapi tekanan racun selektif .Pilihan yang ke dua pula banjirkan sawah hingga penuh dengan air.Namun pilihan ini juga sukar dilakukan kerana majoriti petani jiran kami ini masih tidak mahu parit pengairan dipenuhi air.
Kami masih bercita-cita untuk menukar amalan bersawah yang ada sekarang kepada pertanian organik.Namun masih banyak kekangan dan halangan yang perlu diatasi. Kami juga selalu berfikir mengapakah siput perlu dimusnahkan dengan menggunakan Copper Sulfat sedangkan melepaskan itek juga mampu mengatasi masalah ini, mengapa jerami padi perlu dibakar bukankah sisa pertanian ini boleh dikitar menjadi baja organik?
.... ini hanya sebahagian dari PROSES PENILAIAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PETANI. Setiap keputusan akan melibatkan wang, masa dan tenga begitulah lumrah seorang PENGURUS /USAHAWAN yang perlu berani menaggung risiko.
Antara dua pilihan yang sering dihadapi oleh petani yang perlu dibuat PENILAIAN ialah :
1. Kawalan kimia vs Biologi
2. Pembiakan Seks vs Aseks
3. Tut vs Cantuman
4. Makana Ternakan jenis Foraj atau Konsentrat.
5. Pengawanan Secara Semulajadi vs Permanian Beradas
6. Data Kewangan Belanjawan vs Perbelanjaan Sebenar.
7. Pengairan Titisan vs Percikan/ Mikro vs Makro
8. Kebaikkan dan keburukan organisma.
9. Membuat keputusan berdasarkan Pendapatan/Perbelanjaan = PSRL
10. Membuat keputusan berdasarkan data-data rekod fizikal.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment