Friday, April 30, 2010

"PACKING" ROSSEL UTK DIPASARKAN HARI ISNIN

Hari ini kami memasukkan jus rossel yang telah siap diproses ke dalam botol.  
Kami membeli botol ini dalam kuantiti yang kecil jadi harganya agak mahal RM0.30 seunit. 
 Tapi tak jadi masalah kerana rossel ini kami akan jual RM 1.00 sebotol. 
 Kos lain yang kami keluarkan cuma gula sebanyak 3 kilo untuk 25 botol jus rossel.  Air pula kami gunakan air bertapis berjenama CNI water life. Rossel kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet maka itu kami perlu memasarkannya secara "sejuk" atau dingin beku.
Kira oklah tu kan kerana kami bukan guna air paip biasa. Kadar keuntungan untuk persatuan kira-kira 50% dari harga jualan kerana rossel ini kami tanam dan proses sediri.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO